PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) terus membenarkan syarikat penerbangan mengekalkan Hak Trafik Udara (ATR) sedia ada tanpa menghadapi risiko tamat tempoh. Menurut Mavcom, keputusan itu sejajar dengan usahanya untuk menyokong pemain industri penerbangan yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19. Jelas Mavcom, pihaknya kekal dengan dasar melonggarkan satu daripada syarat ATR iaitu pembatalan secara automatik jika ia tidak digunakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusan. “Kelonggaran syarat ini telah…










