MBPJ ingatkan pemilik harta bayar cukai taksiran sebelum 31 Ogos ini - Utusan Malaysia

MBPJ ingatkan pemilik harta bayar cukai taksiran sebelum 31 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengingatkan semua pemunya harta di daerah itu membuat pembayaran cukai taksiran pada atau sebelum 31 Ogos ini, bagi mengelak sebarang bayaran tambahan atau dikenakan denda.

Menurut MBPJ, pihak telah memproses dan mengemaskini bil Cukai Taksiran bagi setengah tahun kedua (Julai-Disember 2021) untuk 2666,111 pemegang harta melibatkan cukai semasa dan tunggakan berjumlah RM177.638 juta.

“Sedia maklum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kaunter-kaunter utama pembayaran tidak dibuka kepada orang awam. Justeru, pemunya harta adalah dinasihatkan untuk membuat pembayaran secara dalam talian.

“Bagi memudahkan pemunya harta menjelaskan bayaran, MBPJ telah menyediakan beberapa kaedah pembayaran yang boleh dilakukan secara tunai, cek, wang pos, kiriman wang pos dan kad debit atau kad kredit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setiap pemunya harta boleh menyemak dan mendapatkan salinan bil melalui https://ecukai.mbpj.gov.my/mbpjesalinanbil dan membuat bayaran melalui atas talian
menggunakan aplikasi eCukai@MBPJ atau laman ePay@MBPJ.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.mbpj.gov.my atau kunjungi laman sosial MBPJ (Facebook: @petalingjayacitycouncil, Twitter& Instagram: @pjcitycouncil atau
hubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ, Aras bawah, Ibu Pejabat MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor di talian 03 7956 3544 sambungan. 102/103/108/109. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.