Kediaman moden, lengkap di Bayu Sutera - Utusan Malaysia

Kediaman moden, lengkap di Bayu Sutera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bayangkan anda berada di kawasan kejiranan yang indah dengan susun atur yang rapi, dikelilingi kehijauan dan ruang besar yang memberikan keselesaan.

Dikelilingi pula pusat riadah yang menarik, dipenuhi keperluan gaya hidup, hab perniagaan yang berkembang maju, penyedia pendidikan terkemuka, ruang taman yang luas dan berhampiran serta akses yang mudah ke lebuh raya.

Itulah yang ditawarkan oleh Bayu Sutera. Sesuai dengan bayu dan sutera. Suasana kediaman yang tenang dan menyenangkan dengan pemandangan yang memukau selain mempunyai utiliti kelas tersendiri dan pelbagai kemudahan berhampiran.

Bak kata penulis buku terkemuka, Nicholas Sparks, “tiada apa yang lebih baik daripada hari yang diluangkan melihat matahari terbenam sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa yang segar.”

Bayu Sutera menawarkan kediaman terbaharu Celyn (Gambar Jenis B) iaitu perumahan moden dua tingkat.

Selain kawasan perumahan yang elegan, Bayu Sutera turut menawarkan reka bentuk dan konsep kediaman yang menepati rumah impian kebanyakan orang.

Iaitu kediaman bertanah, lengkap dengan fasiliti dan kemudahan moden untuk gaya hidup masa kini. Pada masa yang sama menawarkan persekitaran tenang

Ciri-ciri itu ada pada Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan, daerah Labu, Negeri Sembilan. Projek dibangunkan pemaju hartanah Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts).

Pembangunan itu meliputi kawasan seluas 216 ekar yang dibahagikan kepada empat presint. Setiap kawasan akan dilengkapi dengan taman tematik tersendiri untuk gaya hidup yang lengkap dan ciri-ciri keselamatan untuk kehidupan yang lebih tenang tanpa perlu risau keselamatan diri dan keluarga.

Central Park merupakan tempat riadah terbaik buat penduduk Bayu Sutera.

Mempunyai Central Park Breezeway (Central Park) yang merupakan tempat riadah terbaik buat penduduk Bayu Sutera – memberikan keseimbangan buat pemilik dalam soal kerjaya, gaya hidup dan keluarga.

Selain dikelilingi elemen hijau seperti tanaman pokok hiasan, penyediaan ruang kemudahan yang selesa untuk aktiviti santai sambil mengeratkan hubungan dengan orang tersayang juga mudah dilakukan di Central Park yang berkeluasan 9.5 ekar itu.

Ia dilengkapi gelanggang futsal, taman permainan kanak-kanak, trek basikal, trek jogging, jalan refleksologi serta amfiteater.

Lokasi itu turut mempunyai unsur air serta kawasan untuk beriadah dan bersantai sambil menikmati pemandangan menarik.

Memandangkan Bayu Sutera terletak di dalam Bandar Sri Sendayan, kemudahan lain yang boleh diakses adalah d’Tempat Country Club, X-Park, Carnelian Park, Sendayan Merchant Square, Sendayan Metropark, Sekolah Global Matrix, pusat beli belah Nusari Biz, Klinik Kesihatan Sendayan dan macam-macam lagi.

Bayu Sutera juga mudah diakses melalui Lebuhraya Utara Selatan, Jalan Felda Sendayan dan KLIA Linkage.

Tidak hairanlah Matrix Concepts mendapat pelbagai anugerah kerana setiap penawaran kediamannya mempunyai pelbagai ciri yang menarik perhatian pembeli.

Bayu Sutera kini menawarkan kediaman terbaharu Celyn, iaitu perumahan moden dua tingkat yang terletak di presint 2B.

Ia mempunyai keluasan binaan 2,142 kaki persegi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi (lot pertengahan dan akhir) atau empat bilik mandi (lot tepi). Ia menyediakan ruang yang cukup luas dan selesa untuk didiami seisi keluarga berbilang generasi.

Reka bentuk dalaman yang kemas dan moden ditawarkan di Bayu Sutera.

Selain dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur yang luas untuk fleksibiliti penduduk, soal keselamatan turut dititik beratkan di Bayu Sutera. Pondok rukun tetangga yang selamat dengan CCTV disediakan untuk ketenangan minda penduduk.

Bagi yang berminat, Celyn menawarkan sebanyak 325 unit kediaman terdiri daripada jenis A dan B.

Hasil gabungan pelbagai faktor termasuk lokasi strategik, status pegangan bebas, reka bentuk kediaman moden dan kontemporari serta kemudahan asas lengkap, penawaran terbaharu Bayu Sutera itu pasti sukar untuk dilepaskan.

Orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang projek Bayu Sutera boleh menghubungi 1800-88-2688 atau layari  www.bayusutera.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.