PETALING JAYA: Zurich Malaysia mengumumkan pelantikan Junior Cho sebagai Ketua Negara baharu berkuat kuasa serta-merta. Beliau menggantikan Stephen Clark yang bersara baru-baru ini dan akan melapor kepada Ketua Pegawai Esekutif Asia Pasifik Zurich, Tulsi Naidu. Menurut Zurich, Junior akan memimpin perniagaan-perniagaan syarikat di Malaysia, memastikan strategi dan penyediaan asas yang betul untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta mengembangkan perniagaan secara mapan. “Zurich Malaysia beroperasi di dalam empat cabang perniagaan iaitu insurans…










