PETALING JAYA: Hitachi Ltd. (Hitachi) mengumumkan pengambilalihan GlobalLogic Inc. (GlobalLogic) mengikut syarat perjanjian yang telah ditandatangani pada 31 Mac lalu. Menurut Hitachi, anak syarikatnya dari Amerika Syarikat (AS), Hitachi Global Digital Holdings LLC (HGDH), telah memperoleh 100 peratus saham tertunggak GlobalLogic Worldwide Holdings Inc. (GlobalLogic Worldwide Holdings), syarikat induk GlobalLogic Worldwide Holdings. Justeru, ujarnya, GlobalLogic Worldwide Holdings dan GlobalLogic telah menjadi anak syarikat milik penuh HGHD. Mengulas perkara itu, Ketua…










