Haily catat keputusan kewangan memberangsangkan suku pertama menjelang penyenaraian - Utusan Malaysia

Haily catat keputusan kewangan memberangsangkan suku pertama menjelang penyenaraian

SEE TIN HAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Haily Group Berhad mencatatkan keputusan kewangan suku pertama memberangsangkan menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Sekurities Berhad pada 21 Julai ini.

Bagi tempoh suku pertama tahun kewangan 2021 berakhir 31 Mac lalu, Kumpulan mencatatkan pendapatan sebanyak RM43.30 juta.

Ia sebahagian besarnya disumbangkan oleh segmen pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman Kumpulan berjumlah RM43.21 juta atau 99.80 peratus daripada keseluruhan pendapatan, sementara bakinya diperoleh daripada kerja pembinaan kejuruteraan awam dan penyediaan sewa mesin serta peralatan pembinaan.

Menurut syarikat itu, keuntungan yang dapat diagihkan kepada pemilik syarikat berjumlah RM2.80 juta untuk suku dilaporkan.

Jelasnya, Lembaga Pengarah juga mengisytiharkan dividen interim 1.68 sen sesaham bagi saham biasa dengan jumlah pembayaran sebanyak RM2.996 juta, pada tarikh kelayakan dan tarikh pembayaran akan ditentu dan diumumkan selepas penyenaraian Haily.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, Kumpulan telah mengharungi keadaan ekonomi yang mendung, dan buku pesanan tidak ditagih dijangka terus menjana pendapatan sehingga 2023.

Katanya, seperti pada 10 Jun lalu, Haily mempunyai 18 projek pembinaan bangunan dan dua projek pembinaan berkaitan kejuruteraan awam yang sedang dilaksanakan.

Beliau berkata, jumlah nilai kontrak terjamin dan nilai kontrak tanpa bil masing-masing adalah RM460.04 juta dan RM249.58 juta.

“Susulan ketidaktentuan yang timbul dari COVID-19, Kumpulan tetap optimis terhadap prospek dan prospek industri pembinaan dengan pemulihan yang diharapkan pada akhir tahun kewangan semasa. Walaupun begitu, Kumpulan telah bertahan setakat ini dan Kumpulan berpendapat bahawa keputusan kewangan untuk 2021 akan tetap memberangsangkan,” kata Tian Hai.

Haily pada dasarnya adalah kontraktor utama yang terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman di wilayah selatan Semenanjung Malaysia, khususnya Johor, dan juga terlibat dalam penyediaan sewa mesin serta peralatan pembinaan.

Daripada RM20.40 juta yang akan diperoleh daripada terbitan awamnya, Haily merancang menggunakan RM4.20 juta (20.59 peratus) untuk pembelian mesin pembinaan, peralatan serta perisian pengurusan kontrak, perakaunan dan peralatan pejabat baharu; RM6.00 juta (29.41 peratus) modal kerja projek pembinaan; RM7 juta (34.31 peratus) pembayaran pinjaman bank, dan selebihnya RM3.20 juta (15.69 preatus) bagi perbelanjaan penyenaraian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN