AOB SC gesa juruaudit lebih waspada, teliti - Utusan Malaysia

AOB SC gesa juruaudit lebih waspada, teliti

Bagaimana Malaysia membangunkan pasaran ekuiti yang menekankan faktor kemampanan, antara tajuk perbincangan pada ekspo itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti (SC) menggesa juruaudit supaya lebih berwaspada dan teliti dalam melaksanakan tugas mereka sepanjang tempoh ketidaktentuan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 ketika ini.

Dalam Laporan Pemeriksaan Tahunan 2020, lembaga itu memaklumkan bahawa menjadi tanggungjawab pengarah dan jawatankuasa audit untuk memeriksa kemampuan syarikatnya untuk usaha berterusan apabila menyediakan penyata kewangan.

Katanya, tanggungjawab itu termasuk memastikan pendedahan penilaian signifikan yang muncul bagi mencapai kesimpulan tersebut.

“Pengaudit kemudiannya perlu mengesahkan dan mencabar kesesuaian andaian usaha berterusan tersebut, selain kecukupan pendedahan yang berkaitan.

“Disebabkan ketidaktentuan berterusan akibat pandemik, lebih penting untuk pengaudit melaksanakan keraguan profesional yang sesuai ketika melaksanakan audit sekarang,” katanya dalam kenyataan.

Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, audit berkualiti tinggi menggalakkan integriti dan menjamin perlindungan pelabur sementara menyumbang kepada tadbir urus korporat dalam entiti berkepentingan awam (PIE).

“Pelaporan kewangan berkualiti yang patuh kepada piawaian diiktiraf antarabangsa menggalakkan kepercayaan dan keyakinan terhadap kebolehgantungan penyata kewangan beraudit (AFS) di Malaysia,” katanya.

Laporan Pemeriksaan Tahunan 2020 AOB menyediakan pemahaman terhadap dapatan pemeriksaannya sepanjang 2020.

Laporan itu turut menawarkan pemerhatian terhadap impak Covid-19 terhadap keputusan kewangan syarikat senarai awam, termasuk pendedahan laporan tahunan dan AFS.

Setakat ini, sebanyak 38 firma audit dan 339 pengaudit telah berdaftar dengan AOB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN