PETALING JAYA: Sime Darby Plantation Berhad (SDP) telah membuka Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang ketiga di Tennamaram Estate, Bestari Jaya, Selangor. Pusat PVVIN itu akan memberi manfaat kepada sekitar 6,500 pekerja ladang kelapa sawit, getah dan sektor pertanian lain di Selangor. Pengarah Urusan SDP, Mohamad Helmy Othman Basha berkata, amat penting untuk pekerja ladang yang merupakan tulang belakang dalam sektor pertanian diberi peluang untuk menerima vaksin. “Namun, walaupun kesihatan…










