PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusan baharu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dilihat mampu memberi nilai tambah kepada syarikat pelaburan nasional itu dan mengekalkan kedudukan Khazanah dalam ekosistem ekonomi negara. Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelantikan itu dilihat sebagai usaha berterusan Khazanah untuk menjadi sebuah dana kekayaan berdaulat yang mampu memberi nilai mampan kepada rakyat Malaysia selain…