Kenaikan harga Tesla didorong tekanan rantaian bekalan  - Utusan Malaysia

Kenaikan harga Tesla didorong tekanan rantaian bekalan 

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Harga kenderaan model Tesla meningkat berikutan tekanan rantaian bekalan dalam seluruh industri kenderaan, terutamanya untuk bahan mentah.

Ketua Pegawai Operasi Tesla, Elon Musk menjelaskan perkara itu kepada seorang pengguna Twitter yang meluahkan perasaan tidak puas hati tentang keputusan Tesla untuk meningkatkan harga kenderaannya tetapi membuang ciri-ciri sokongan lumbar untuk model Y baharunya.

“Lumbar itu hanya dibuang di tempat duduk penumpang hadapan kerana log menunjukkan ramai orang memilih untuk tidak menggunakannya.

“Tidak berbaloi mengeluarkan kos jika sokongan lumbar itu hampir tidak pernah digunakan. Manakala, peningkatan harga kenderaan didorong oleh tekanan harga rantaian bekalan utama di seluruh industri terutamanya bahan mentah,” katanya.

Kelmarin, laman web Electrek melaporkan pemilik Tesla Model Y baharu memberitahu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik mereka diterima tanpa sokongan lumbar di tempat duduk penumpang hadapan.

Menurut laman web Electrek, pada Mei, Tesla telah meningkatkan harga Model 3 dan Model Y-nya, kenaikan harga kali kelima bagi kenderaannya dalam masa beberapa bulan.

Semasa panggilan persidangan pendapatan Tesla pada April, Elon menjelaskan Tesla telah mengalami masalah rantaian bekalan yang paling sukar kerana kekurangan cip. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya