PETALING JAYA: Penggabungan Celcom dan Digi berisiko menyebabkan kedua-dua jenama itu kehilangan penguasaan pasaran dalam jangka masa terdekat. Penyelidik Kenanga Investment Bank Berhad, Lim Khai Xhiang berkata, terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan kehilangan penguasaan tersebut iaitu kualiti perkhidmatan akibat integrasi rangkaian dan operasi serta pengkanibalan. Menurut beliau, potensi gangguan perkhidmatan semasa integrasi mungkin menyebabkan pelanggan beralih kepada jenama lain. “Pesaing berkemungkinan menggunakan ruang ini untuk menarik pelanggan Celcom-Digi Berhad (CDB),” katanya dalam nota kajian semalam. Tambah Khai Xhiang, melihat kepada strategi dua jenama Axiata Group Berhad yang berjaya di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya