Sektor pembinaan merosot 10.5 peratus pada suku pertama - Utusan Malaysia

Sektor pembinaan merosot 10.5 peratus pada suku pertama

PELABURAN swasta diunjur terus berkembang disokong oleh inisiatif berterusan daripada kerajaan. – GAMBAR HIASAN/YULPISMAN ASLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nilai kerja pembinaan pada suku pertama tahun ini tumbuh -10.5 peratus berasaskan tahun ke tahun, berjumlah RM31.4 bilion daripada -14.2 peratus dengan RM31.7 bilion suku keempat 2020.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, subsektor aktiviti pertukangan khas memacu pertumbuhan yang lebih baik pada 38 peratus.

Beliau berkata, tiga subsektor lain iaitu bangunan kediaman, bangunan bukan kediaman dan kejuruteraan awam masing-masing menunjukkan pertumbuhan -4.2 peratus, -5.3 peratus dan -22.3 peratus berbanding suku tahun sama 2020.

Jelasnya, nilai kerja pembinaan didominasi oleh subsektor kejuruteraan awam sejak suku keempat 2015 dengan sumbangan sebanyak 39 peratus, diikuti bangunan bukan kediaman (27.4 peratus), bangunan kediaman (25.8 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (7.7 peratus).

“Sektor swasta terus mendorong pertumbuhan aktiviti pembinaan dengan menyumbang 55.2 peratus atau RM17.3 bilion daripada jumlah nilai kerja pembinaan berbanding dengan sektor awam yang menyumbang 44.8 peratus nilai kerja pembinaan (RM14.0 bilion),” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya