PETALING JAYA: Strategi sekatan separa yang digunakan kerajaan untuk mengurangkan kes jangkitan Covid-19 tidak membuahkan hasil dan gagal, tegas seorang penganalisis ekonomi. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, penutupan sektor ekonomi secara bersasar yang dijalankan kerajaan gagal untuk mengekang peningkatan kes yang kini mencecah lebih 7,000 kes sehari. Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan tiada lagi pilihan selain melaksanakan sekatan penuh…










