Jualan Mah Sing dijangka meningkat kepada RM1.4b - Utusan Malaysia

Jualan Mah Sing dijangka meningkat kepada RM1.4b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mah Sing Group Berhad dijangka mencatat jualan sebanyak RM1.4 bilion tahun ini, lebih tinggi berbanding RM1.1 bilion yang dicatat tahun lalu.

Jangkaan itu dibuat oleh KAF Equities yang melihat syarikat hartanah itu melancarkan pelan yang lebih agresif tahun ini dengan jumlah nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.4 bilion, lebih tinggi berbanding RM1.5 bilion yang dicatat tahun lalu.

Walau bagaimanapun, jangkaan itu lebih rendah berbanding sasaran Mah Sing sendiri pada RM1.6 bilion.

Menurut KAF Equities, kira-kira 60 peratus daripada pelancaran yang dirancang Mah Sing tertumpu kepada tiga projek utamanya, iaitu M-Arisa di Sentul, M-Vertica (Cheras) dan Meridin East.

“Dari segi harga, lebih separuh daripada pelancaran yang dirancang mempunyai harga lebih rendah daripada RM500,000 seunit. Memandangkan projek-projek ini mempunyai harga yang kompetitif, kami percaya ia mendapat permintaan kukuh apabila dilancarkan.

“Ini sejajar dengan langkah rangsangan artanah yang diumumkan kerajaan seperti pengecualian duti setem untuk hartanah bernilai sehingga RM500,000 untuk pembeli kali pertama,” katanya dalam nota kajian baru-baru ini.

Sementara itu, KAF Equities melihat Mah Sing dalam landasan untuk mengoperasikan empat tertib pengeluaran sarung tangannya pada suku kedua dan enam tertib lagi pada suku ketiga tahun ini.

Ini selepas syarikat itu menyempurnakan pembinaan, ujian dan pentauliahan dua tertib pengeluaran pertama mereka.

“Keseluruhannya terdapat 12 tertib pengeluaran dengan kapaisiti maksimum sehingga 3.68 bilion sarung tangan setahun,” katanya.

Sehubungan itu, KAF Equities menetapkan saranan beli untuk Mah Sing melihat kepada prospek pengeluaran sarung tangan dan potensi pendapatan daripada segmen hartanah mampu miliknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya