fbpx

24 Jun 2021, 12:18 pm

  TERKINI

Ford tarik balik 661,000 Explorer

Ford Explorer model 2019 antara yang terlibat dalam penarikan balik. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ford Motor Co. menarik balik 661,000 kenderaan utiliti sukan (SUV) Explorer, di Amerika Utara atas permintaan pengawal selia Amerika Syarikat (AS) susulan pin yang menahan penutup rel atap kereta itu longgar dan boleh tercabut.

Reuters melaporkan, penarikan semula itu meliputi ken­deraan model 2016 hingga 2019. Penjual akan memasang peniti dan mengganti klip rel dan penutup rel bumbung yang rosak, jelasnya.

Pembuat kenderaan kedua terbesar di AS dalam satu dokumen berkata, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional mula bertanya mengenai masalah itu pada awal 2020 berikutan 11 laporan mengenai penutup rel bumbung yang tercabut.

“Pada April, ia meminta Ford menarik balik kenderaan itu, walaupun pada mulanya dikatakan tidak perlu kerana menganggap kebarangkalian rel bumbung akan tercabut sangat rendah dan pemandu pasti akan mengesan jika rel bumbung tersebut longgar,” jelas dokumen itu.

Menurut dokumen tersebut, Ford pada November memberi­tahu mereka akan memanjangkan tempoh jaminan selama 10 tahun atau 150,000 batu untuk mengatasi masalah tersebut sebelum bersetuju membuat penarikan semula itu pada 30 April lalu.

Jurucakap Ford pada Ahad lalu berkata, pembuat kenderaan itu tidak pasti jika ada sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku berkaitan isu tersebut.

Jelasnya, kenderaan yang ditarik balik itu meliputi penutup rel bumbung yang berwarna perak, hitam atau hitam pekat. Pelanggan yang terkesan akan mula diberi­tahu pada 28 Jun.

Penarikan semula itu me­rang­kumi 620,483 kenderaan di Amerika Syarikat, 36,419 di Kanada dan 4,260 di Mexico. – AGENSI