Azhar kembali ke MRT Corp. sebagai Pengerusi - Utusan Malaysia

Azhar kembali ke MRT Corp. sebagai Pengerusi

AZHAR ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi berkuat kuasa 11 Mei lalu.

Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif pertama MRT Corp. dari 2011 hingga 2014 dan pelantikannya ibarat `sirih pulang ke gagang.’

Azhar merupakan bekas Pengerusi FGV Holdings Sdn. Bhd. dari 2017 hingga April lalu.

Mengalu-alukan pelantikan Azhar, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp. Datuk Mohd. Zarif Hashim berkata, Azhar akan membawa bersama pengalaman luasnya di dalam industri yang akan membantu memajukan MRT Corp. pada masa hadapan.

“Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pertama MRT Corp., pengalaman dan ilmu beliau sangat berharga ketika organisasi bergerak ke hadapan untuk membangunkan Projek Sistem Transit Johor Bharu-Singapura dan MRT-3, pada masa sama menyiapkan Laluan MRT Putraja,” katanya dalam kenyataan.

Selepas meninggalkan MRT Corp., Azhar telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengerusi MSM Malaysia Holdings Sdn. Bhd., Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation, Presiden/Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengerusi Tradewinds Corporation Berhad.

Beliau turut menyertai Sime Darby Group dari 1994 hingga 2001. Pada 2003 hingga 2010, beliau dilantik memegang beberapa jawatan penting di dalam kumpulan itu termasuk Naib Presiden Eksekutif/Ketua Bahagian Perladangan dan Agri Bisnes, Pengarah Urusan Sime Darby Plantations Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Azhar juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pernas International Holdings Berhad dari 2001 hingga 2002. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN