Tangani pasaran gelap tembakau - Utusan Malaysia

Tangani pasaran gelap tembakau

Dari kiri: KETUA Pegawai Kewangan BAT Malaysia, Ignacio Ballester; Pengerusi, Tan Sri (Dr.) Aseh Che Mat dan Jonathan Reed menunjukkan buku Laporan Tahunan syarikat itu di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: British American Tobacco Berhad (BAT) meramalkan tahap penularan rokok seludup di Malaysia kekal di paras yang tinggi kerana ramai pengguna menghadapi tekanan kewangan akibat pandemik dan tidak mampu membeli rokok sah.

Sehubungan itu, BAT Malaysia menyarankan agar tindakan ber­terusan diambil oleh pihak berwajib untuk menghentikan ke­giatan pasaran gelap tembakau.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, walaupun sudah menghampiri separuh kedua 2021, masalah pasaran gelap tembakau masih belum diselesaikan.

Katanya, langkah-langkah yang diumumkan dalam Belan­jawan 2021 untuk mengatasi ma­salah pasaran gelap tembakau menandakan satu permulaan yang baik bagi tahun ini.

“Walau bagaimanapun, kerajaan mesti mengekalkan tumpuan terhadap usaha menghentikan pasaran gelap untuk menampung kos pemulihan ekonomi.

“Adalah amat penting untuk kerajaan Malaysia memperluaskan rangkaian cukai bagi produk vape meliputi e-cecair dengan nikotin yang merangkumi 97 peratus daripada pasaran.

“Ini supaya pengguna boleh membeli produk alternatif yang diketahui kualitinya. Kami akan terus menyokong dan mengga­lakkan pelaksanaan peraturan dan undang-undang yang lebih jelas dan praktikal berhubung vape nikotin oleh kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenya­taan.

Sementara itu, Reed berkata, tahun kewangan 2020 merupakan tahun pemulihan bagi bagi BAT Malaysia walaupun menghadapi keadaan operasi yang sukar.

Beliau berkata, untuk tempoh berkenaan, BAT Malaysia mencatatkan peningkatan ang­ka jualan, untung, perolehan bersih dan bahagian pasaran pada suku ketiga terakhir tahun.

“Ini merupakan pemacu yang kukuh bagi kami untuk kembali mencatatkan peningkatan pertumbuhan dan mencapai matlamat korporat A Better Tomorrow.

“Dengan matlamat baharu ini, BAT Malaysia bertekad untuk menyediakan masa depan yang lestari bagi peme­gang saham dan pihak-pihak berkepentingan.

“Walaupun rokok akan terus menjadi teras utama perniagaan kami buat masa depan untuk tempoh tertentu, kami sedang berusaha menjana hasil yang lebih besar daripada produk selain rokok untuk mengurangkan kesan dan risiko kepada perniagaan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya