PETALING JAYA: realme Malaysia telah melancarkan produk realme 8 pro, peranti pertama yang menampilkan kamera Ultra Quad 108MP iaitu megapiksel tertinggi dalam industri telefon pintar.
Pengurus realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, dengan adanya realme 8 Pro, ia pasti dapat memuaskan kehendak anak muda di Malaysia yang mencari telefon pintar dengan reka bentuk ‘trendy’ dan ciri kamera yang hebat.
“Ia adalah 108MP dan anda pasti akan menikmati gambar-gambar indah dan pemandangan spektakuler yang ditangkap dengan lensa kameranya.
“Ia mengguna pakai Sensor ISOCELL HM2 generasi ketiga dan dilengkapi dengan sensor ekstra besar 1 / 1.53 inci yang mencapai resolusi maksimum 12000×9000,” katanya.
Sementara itu, realme dalam satu kenyataan memberitahu, teknologi Smart-ISO adalah bantuan pencahayaan terbaik kerana ia memastikan gambar yang diambil jelas, terang, hierarki dan berwarna-warni.
Selain itu katanya, ia mempunyai Mod Super Nightscape yang telah diperbaharui ke generasi kelima dan fungsi baharu Pure Raw Nightscape yang meningkatkan cahaya gambar pemandangan malam agar kelihatan cerah.
“Teknologi Zoom In Sensor 3X yang ada pada peranti itu pula dapat meningkatkan gambar yang diperbesar dengan Algoritma Peningkatan Kejelasan.
“Teknologi ini mempunyai ukuran pengimejan yang lebih kecil dan kelajuan pencitraan yang lebih cepat,” jelasnya.
Tambah realme, pihaknya telah mengembangkan Algoritma Video Selang Masa Starry Pertama di Dunia yang membolehkan anda mengambil 16 foto individu setiap 15 saat selama 4 minit dan digabungkan menjadi gambar akhir.
Menurutnya, realme 8 pro turut mempunyai mod Tilt Shift selain menawarkan beberapa mod potret seperti Potret Neon, Dynamic Bokeh, Potret Warna AI, Potret AI Baru serta Potret Selfie 16MP.
Katanya, dengan menggunakan video dual-view pengguna boleh merakam klip mernarik dengan menggunakan kamera depan dan belakang pada masa yang sama.
Peranti tersebut juga mempunyai pengecasan pantas 50W dan bateri besar 4500mAh yang cukup untuk penggunaan sepanjang hari kerana digabungkan dengan pemproses penggunaan kuasa rendah dan Paparan Super AMOLED.
Paparan super AMOLED 6.4 inci itu mempunyai warna lebih baik, kontras yang lebih tinggi dan paparan lebih realistik berbanding skrin LCD.
Menurut realme, pembeli yang membuat pra pesanan peranti semasa kempen Raya Syokmo dengan 8 Pro bermula 22 hingga 30 April ini dan mengambil pesanan realme 8 Pro pada 1 Mei, akan mendapat kotak hadiah pra pesanan dan tambahan satu tahun jaminan.
Pelanggan juga berpeluang membawa pulang peranti AIoT realme sempena Hari Raya Aidilfitri yang menawarkan sejumlah 352 hadiah termasuk realme Smart TV 43 realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale. – UTUSAN










