Maybank tangguh AGM - Utusan Malaysia

Maybank tangguh AGM

Dalam memacu agenda kelestarian, antara cabaran utama yang dikenal pasti dalam Laporan Landskap Kewangan Mampan di Malaysia ialah kualiti dan ketersediaan data yang lemah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maybank menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-61 untuk pemegang sahamnya yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

Menurut bank itu, ia berikutan masalah teknikal melibatkan penyedia perkhidmatan pengundian dan penyertaan terpencilnya, Tricor Investor & Issuing House Services Sdn. Bhd.

Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, pihaknya memohon maaf daripada pemegang saham akibat masalah yang berlaku.

Beliau turut memberi jaminan, tarikh baharu AGM akan dimaklumkan kepada pemegang saham setelah ditetapkan kelak.

“Kami menghargai usaha para pemegang saham yang meluangkan masa untuk cuba mendaftar masuk hari ini sebagai mematuhi prosiding mesyuarat.

“Kami memberi jaminan bahawa kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan tentang aturan mesyuarat yang seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Maybank, notis berkenaan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kepada Bursa Malaysia kelak dan ia turut boleh didapati di laman web www.maybank.com. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya