Malaysia perkukuh kedudukan sebagai hab tangki ISO LNG - Utusan Malaysia

Malaysia perkukuh kedudukan sebagai hab tangki ISO LNG

Petronas memulakan eksport LNG ke China dalam tangki ISO dari kemudahan pengisinya di Pengerang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memperkukuh kedudukannya sebagai hab tangki ISO gas asli cecair (LNG) apabila Petronas memulakan eksport LNG ke China dalam tangki ISO dari kemudahan pengisinya di Pengerang, Johor.

Permulaan operasi tersebut membolehkan Malaysia mempunyai kemudahan pengisi di bahagian Barat dan Timur yang menyediakan pelanggan de­ngan penyelesaian LNG yang alternatif dan boleh dipercayai.

Menurut Petronas, penghantaran sulung tangki ISO LNG itu te­lah tiba di Shanghai dari Pelabuhan Pasir Gudang pada 23 April lalu.

Ia berikutan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dengan Tiger Gas (Hong Kong) Ltd., ahli gabungan Tiger Clean Energy Limited (TCEL).

Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan LNG Petronas, Shamsairi M. Ibrahim berkata, eksport pertama tangki ISO LNG dari Semenanjung Malaysia itu penyelesaian inovatif yang membolehkan LNG sampai kepada pelanggan di luar capaian.

“Bukan sahaja secara domestik, malah antarabangsa, melanjutkan capaian tawaran Sistem Saluran Maya yang kami mulakan sejak tahun lalu.

“Ini juga bukti jelas komitmen Petronas sebagai rakan kongsi penyelesaian tenaga progresif dalam mengurangkan jejak karbon dalam operasi sedia dan masa hadapan pelanggan kami,” katanya dalam kenya­taan semalam.

Tahun lalu, Petronas dan TCEL memeterai perjanjian penjualan dan pembelian jangka panjang untuk bekalan LNG ke tangki ISO LNG TCEL di Bintulu, Sarawak.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, LNG Petronas akan diagihkan menggunakan tangki ISO TCEL.

Penghantaran pertamanya berlayar dari Pelabuhan Bintulu ke Pelabuhan Long Kou pada 25 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya