Grab bakal muktamadkan penyenaraian di bursa New York - Utusan Malaysia

Grab bakal muktamadkan penyenaraian di bursa New York

IINDUSTRI e-hailng mahu kerajaan menetapkan harga siling kerana kadar sedia ada dianggap tidak munasabah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Syarikat teknologi berpangkalan di Singapura, Grab akan menyelesaikan penyenaraiannya di Bursa New York, menurut laporan Financial Times.

Menurut sumber, penyenaraian kumpulan itu akan dilakukan dengan satu daripada dua syarikat pemerolehan tujuan khas Altimer Growth (SPAC) Altimeter Capital, dana Altimeter Growth 1, dijangka dibuat dalam minggu ini.

Penyenaraian Altimeter Growth 1 tahun lalu berjaya mengumpul dana sebanyak AS$450 juta (RM1.86 bilion). Harga sahamnya telah meningkat 25 peratus sejak penyenaraian tersebut.

Penyenaraian itu akan memberi nilai sebanyak AS$35 bilion (RM144.49 bilion ) kepada syarikat yang disokong oleh Softbank itu. Ia sekali gus menjadikannya gabungan terbesar antara pihak swasta dan institusi perbankan.

Sebagai persediaan, Grab dilaporkan akan mengumpul kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.32 bi­lion) melalui pelaburan swasta dalam ekuiti awam (PIPE).

Kaedah tersebut selalunya membabitkan rundingan antara SPAC dan pelabur institusi yang membeli saham secara langsung daripada syarikat senaraian awam, selalunya pada harga di bawah pasaran.

Daripada AS$2.5 bilion yang dijana, sebahagiannya iaitu AS$1.2 bilion (RM4.95 bilion)akan dibiayai oleh Altimer untuk menjadikan keseluruhan nilai saham kira-kira AS$35 bilion.

Selain itu, Altimer juga dikatakan akan menyokong jualan mana-mana saham SPAC oleh pemegang sahama awam sejurus penyenaraian dibuat.

Pengasas Grab, Tan Will dilaporkan akan menguasai kira-kira dua peratus kepentingan dalam entiti berkenaan, sementara Softbank Vision Fund, satu daripada pelabur utama Grab, dilaporkan akan menguasai sebahagian besar saham syarikat berkenaan.

Menurut seorang pegawai perbankan, penyenaraian Grab “tidak berbaloi” disebabkan ia dari Asia, terutama Asia Tenggara, “rantau yang tidak ada wakil dalam pasaran saham Amerika Syarikat.”

Menurut sumber yang rapat dengan perkara tersebut, penyenaraian bagaimanapun masih belum dimuktamadkan. Grap dan Altimer pula enggan memberi sebarang komen.

Sementara itu, Morgan Stanley dan JPMorgan bertindak sebagai penasihat dalam penyenaraian berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya