Ahmad Sabirin dilantik Presiden, Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM - Utusan Malaysia

Ahmad Sabirin dilantik Presiden, Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar kejuruteraan aeroangkasa, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad dilantik Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

Ahmad Sabirin, 57, sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Aerospace Ventures, anak syarikat minyak dan gas, UZMA Berhad.

Pengerusi SIRIM Berhad, Tan Sri Ir. Dr. Ahmad Tajuddin Ali berkata, pelantikan tersebut bagi menggantikan Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani yang telah tamat tempoh perkhidmatan beliau.

Beliau berkata, Kumpulan ahli pengurusan SIRIM akan terus diperkukuh dan mencatat sejarah terus maju dan berkembang untuk masa hadapan melalui pelantikan Ahmad Sabirin.

Katanya, Ahmad Sabirin mempunyai pengalaman dan kepakaran penting dan pelantikan beliau mencerminkan aspirasi SIRIM dalam melaksanakan peranan serta fungsi sebagaimana telah dimandatkan oleh kerajaan.

“Selain mendorong SIRIM untuk terus memberi sokongan padu kepara rakan kongsi kami dan memastikan pertumbuhan yang mampan dengan memperkuatkan kemampuan dan terus relevan kepada industri melalui inovasi produk,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum berkhidmat di Aerospace Ventures, Ahmad Sabirin memegang pelbagai jawatan di Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ASTB), syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan dengan jawatan terakhir beliau adalah Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dari 2000 hingga 2019.

Beliau merupakan antara perintis kumpulan jurutera yang terlibat dalam pembangunan satelit MEASAT-1 di Hughes Aircraft, kini Boeing.

Ahmad Sabirin juga antara kumpulan yang mempelopori pembangunan satelit mikro pertama Malaysia iaitu TiungSAT-1 yang telah dilancarkan ke orbit pada 26 September 2000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya