Abd. Rahman dilantik Penolong Gabenor BNM - Utusan Malaysia

Abd. Rahman dilantik Penolong Gabenor BNM

ABD. RAHMAN ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Abd. Rahman Abu Bakar sebagai Penolong Gabenor berkuat kuasa pada 1 Mei 2021.

Abd. Rahman akan menggantikan Mohd. Adhari Belal Din yang akan meninggalkan bank pusat itu pada 11 Mei setelah berkhidmat selama 14 tahun.

Menurut BNM, sebagai Penolong Gabenor, Abd. Rahman akan bertanggungjawab dalam bidang berkaitan dengan modal insan, termasuk Modal Insan Strategik, Pembangunan Modal Insan dan Perkhidmatan Modal Insan.

Jelasnya, Abd. Rahman memulakan kerjayanya di bank pusat itu pada 1992 dan pernah berkhidmat dalam pelbagai jabatan.

“Ini termasuk Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Penyiasatan Khas, Pengawalan Insurans, Perancangan Strategik, Pengurusan Sumber Insan dan Ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah BNM, pihak bank dan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus menghargai khidmat bakti dicurahkan oleh Mohd. Adhari.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan Mohd. Adhari dan berharap beliau terus berjaya dalam apa-apa jua bidang yang akan diceburi.

“Beliau telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan inisiatif modal insan di bank (BNM) dan rakan sekutu bank selama lebih satu dekat.

“Bank yakin Abd. Rahman akan terus memajukan inisiatif kerja dan sumber manusia yang cemerlang yang telah dilaksanakan Mohd. Adhari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya