PETALING JAYA: Ketika seluruh negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 selain mendapatkan suntikan vaksik, penjagaan prosedur operasi standard (SOP) dan mendapatkan udara bersih dan persekitaran dalaman yang selamat pasti menjadi keutamaan.
Bagi memenuhi keperluan menyediakan persekitaran dalaman yang selamat dengan udara yang bersih, Panasonic telah memperkenalkan pendingin hawa dengan teknologi nanoeX yang berkemampuan menghalang virus dan bakteria.
Teknologi ini diyakini mampu menjadi alternatif baharu, memastikan keselamatan diri dan keluarga terus terjamin biarpun di rumah sendiri.
Menurut Panasonic, nanoeX tidak hanya menghalang virus dan bakteria dalam udara, tetapi ia dapat menembusi jauh ke dalam barang seperti kain, sofa, langsir atau permukaan perabot.
Lebih mengagumkan, ia juga mampu menghilangkan bau yang kuat dan mengekalkan kelembapan kulit serta rambut.
Melalui teknologi ini, pengguna tidak perlu bimbang serta dapat menarik nafas lega, apatah lagi apabila lebih banyak masa dihabiskan di rumah dalam norma baharu.
Oleh itu selain berusaha memutusakan rantaian penularan Covid-19 dengan pematuhan SOP yang perlu diamalkan sepanjang masa, teknologi nanoeX diperkenal syarikat teknologi gergasi Jepun, Panasonic ini pula boleh memastikan persekitaran di rumah turut selamat.
Kajian membuktikan nanoeX mampu meningkatkan kualiti udara dan memelihara persekitaran dengan membasmi bakteria dan virus, bahan penyebab alergi, debunga serta bahan berbahaya lain.

99.99 peratus berkesan
Teknologi nanoeX menggunakan radikal hidroksil untuk menghalang novel Coronavirus SARS-CoV-2 penyebab Covid-19.
SARS-CoV-2 turut dikaitkan dalam kelompok sama, menjadi punca Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan beberapa jenis selsema biasa.
Organisasi penyelidik berpangkalan di Perancis, Texcell mengesahkan bahawa teknologi Panasonic nanoeX berkesan menyekat SARS-CoV-2.
Dalam ujian itu, Texcell menyatakan sehelai kain kasa dengan larutan virus SARS-CoV-2 dan penjana nanoeX dari jarak 15 sentimeter diletakkan dalam kotak 45 liter.
Hasilnya, ia berjaya menyekat 99.99 peratus aktiviti SARS-CoV-2 dalam dua jam.
Teknologi nanoe merupakan partikel ion bersaiz nano dihasil menggunakan teknologi atomisasi elektrostatik dengan mengumpulkan kelembapan yang tidak dapat dilihat di udara.
Ia kemudian menggunakan voltan tinggi untuk menghasilkan radikal hidroksil yang terkandung dalam air.
Radikal hidroksil adalah komponen sangat reaktif, mudah bertindak di pelbagai permukaan. Dengan nanoeX, penghasilan radikal hidroksil terbukti meningkat 10 kali ganda.
Penyaman udara Panasonic
Kini, teknologi nanoeX boleh didapati dalam penyaman udara Panasonic merangkumi penghawa dingin jenis Wall-Mounted Room dan Cassette Type.
Ia sesuai untuk setiap ruangan di rumah, premis perniagaan, dewan orang ramai atau pejabat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi Panasonic nanoeX, layari www.panasonic.com.










