Sunway Property sasar jualan hartanah RM1.6 bilion - Utusan Malaysia

Sunway Property sasar jualan hartanah RM1.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Property yang merupakan cabang Sunway Bhd. menyasarkan jualan RM1.6 bilion tahun ini susulan pelancaran pelbagai projek hartanah baharu di Malaysia, China dan Singapura.

Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah berkata, sasaran itu lebih tinggi berbanding RM1.3 bilion yang diraih tahun lalu susulan ramalan pemulihan ekonomi kesan vaksinasi Covid-19 yang dilancarkan di seluruh dunia.

“Selaras dengan keperluan pasaran, kami akan melancarkan enam projek baharu dengan nilai keseluruhan RM2.8 bilion, iaitu empat di Malaysia serta masing-masing satu di China dan Singapura.

“Kami meramalkan tahap keyakinan pembeli semakin pulih berikutan pelaksanaan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di mana pelabur turut dijangka kembali ke pasaran,” katanya dalam taklimat media yang diadakan secara maya hari ini.

Jelasnya, pelancaran projek hartanah baharu itu juga mengambil kira keperluan pembeli masa kini iaitu bersesuaian dengan norma baharu.

Cheah menjelaskan, empat projek yang dirancang dibangunkan di Malaysia dianggarkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.1 bilion.

“Antara pelancaran-pelancaran baharu di Malaysia ialah Sunway Belfield di Kuala Lumpur (GDV RM320 juta), D’Hill @ Sunway Damansara di Kota Damansara (GDV RM220 juta), Sunway Artessa di Wangsa Maju (GDV RM300 juta) dan Jernih Residence di Kajang (GDV RM270 juta),” katanya.

Bagi mengembangkan jenama itu keluar negara, syarikat turut merancang membangunkan sebuah projek di China dengan anggaran GDV sebanyak RM780 juta.

Manakala di Singapura, sebuah projek dikenali sebagai Parc Central Residences bakal dibangunkan dengan anggaran GDV RM910 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya