PPZ-MAIWP mahu jadi model dunia - Utusan Malaysia

PPZ-MAIWP mahu jadi model dunia

Syed Ali AlHabshee berucap pada majlis pelancaran penjenamaan semula identiti korporat Pusat Pengutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mahu menjadi sebuah institusi zakat yang terkehadapan dan model di dunia melalui penjenamaan semula identiti korporatnya.

Kali terakhir PPZ-MAIWP membuat penjenamaan semula ialah pada 2008 iaitu ketika ibu pejabatnya berpindah dari Bangunan Daruzzakah ke Shamelin Perkasa.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee berkata, PPZ-MAIWP adalah jenama yang telah berkembang selama tiga dekad dan penjenamaan semula identiti korporat dapat memacunya untuk terus menjadi institusi zakat selari dengan institusi kewangan lain.

“Penjenaam semula identiti korporat PPZ-MAIWP adalah satu usaha berterusan untuk memantapkan nama korporat dan jenama PPZ-MAIWP sebagai institusi terbaik di dunia.

“Dengan moto “Memudahkan Anda Berzakat”, kami di PPZ-MAIWP berazam untuk terus menyediakan pelbagai kemudahan untuk pembayar zakat,” katanya dalam kenyataan selepas pelancaran penjemaan semua identiti korporat PPZ-MAIWP, semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Sementara itu, menurut PPZ-MAIWP, wajah baharu itu dilengkapi dengan susun atur dalaman yang menggalakkan keyakinan dan keselesaan kepada pelanggannya.

Katanya, penjenamaan semua ini akan dilaksanakan secara berperingkat meliputi kesemua cawangan kaunter PPZ-MAIWP dalam tahun ini.

“PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat terus meningkat sesuai dengan peningkatan asnaf baharu di Wilayah Persekutuan. Semoga dengan pembaharuan ini akan meningkatkan lagi kepercayaan orang ramai untuk memilih PPZ-MAIWP dalam menguruskan kutipan zakat.

“Harapan kami agar identiti jenama baharu ini akan diterima sepenuhnya oleh masyarakat untuk lebih yakin akan kebolehpercayaan dan kebergantungan PPZ-MAIWP dalam menguruskan zakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.