Harga minyak jatuh menjelang mesyuarat OPEC+ esok - Utusan Malaysia

Harga minyak jatuh menjelang mesyuarat OPEC+ esok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Harga minyak jatuh lebih satu peratus semalam, meneruskan kerugian yang bermula minggu lalu.

Ia berikutan kebimbangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju untuk meningkatkan bekalan global dalam mesyuaratnya minggu ini dan permintaan di China mungkin berkurang.

Minyak mentah Brent jatuh 78 sen (RM3.15) atau 1.2 peratus kepada AS$62.91 (RM254.33) setong dalam sesi dagangan semalam, selepas menurun 1.1 peratus pada hari sebelumnya.

West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) jatuh 74 sen (RM2.99) atau 1.2 peratus kepada AS$59.90 (RM242.16) setong, selepas rugi 1.4 peratus kelmarin.

Pengurus Besar Penyelidikan Nissan Securities, Hiroyuki Kikukawa berkata, pelabur bimbang OPEC dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC+ akan melonjakkan output minyak.

“Harga minyak terus berada dalam tekanan apabila pelabur melakukan pelarasan kedudukan menjelang mesyuarat OPEC yang akan datang,” katanya.

OPEC akan bermesyuarat esok dan mungkin membincangkan persetujuan untuk membenarkan sebanyak 1.5 juta tong sehari minyak mentah kembali ke dalam pasaran.

Menurut tinjauan yang dijalankan Reuters, pengeluaran minyak OPEC jatuh pada Fe­bruari disebabkan pemotongan sukarela oleh Arab Saudi yang menambah pemotongan sedia ada yang dipersetujui dalam pakatan OPEC+ sebelum ini.

Ia menamatkan peningkatan selama tujuh bulan berturut-turut yang dicapai sebelum ini.

Menurut Kikukawa, sentimen pasaran turut dilemahkan data pembuatan yang rendah dari China.

Aktiviti perkilangan di China jatuh ke tahap terendah dalam sembilan bulan pada Februari yang boleh memberi kesan kepada permintaan minyak mentah negara itu dan seterusnya memberi tekanan kepada harga minyak di pasaran global. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya