Untung bersih MBSB susut 62.43 peratus - Utusan Malaysia

Untung bersih MBSB susut 62.43 peratus

AHMAD ZAINI OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keuntungan bersih Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) menyusut 62.43 peratus kepada RM447.58 juta berbanding RM716.90 juta tahun sebelumnya, didorong penurunan nilai aset dan kerugian pengubahsuaian yang tinggi disebabkan pembiayaan moratorium kepada pelanggan yang diberikan tahun lalu.

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) Kumpulan dicatat pada RM427.64 juta pada Tahun Kewangan 2020 iaitu RM469.79 juta atau penurunan 52.35 peratus daripada RM897.43 juta pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan kepada pendapatan kumpulan sebanyak 4.43 peratus atau RM133.50 juta daripada RM3.01 bilion pada 2019, disebabkan oleh keuntungan penjualan pelaburan kewangan yang lebih tinggi pada 2020 sebanyak RM249.60 juta berbanding RM60.02 juta pada tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, pihaknya telah melaksanakan pemulihan secara bertahap dalam menavigasi perniagaan di bawah persekitaran ekonomi yang sangat tidak menentu.

“Walaupun mengalami kerugian pengubahsuaian yang besar sebanyak RM504.75 juta pada tahun lalu kerana moratorium automatik yang diberikan oleh kerajaan, kerugian pengubahsuaian kini lebih terkawal kerana pelaksanaan bantuan bersasar kepada yang lebih memerlukan. Namun kami akan terus membantu pelanggan berdasarkan keadaan kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Jumlah aset kumpulan turut mencatatkan penurunan sebanyak RM2.27 bilion atau 4.48 peratus daripada RM50.71 bilion pada 2019 disebabkan penurunan penempatan antara bank. 

Deposit kumpulan menurun sedikit kepada RM33.88 bilion daripada RM35.89 bilion pada 2019 manakala nisbah pembiayaan terjejas bersih berada pada 2.81 peratus pada tahun lalu berbanding 2.89 peratus tahun sebelumnya kerana kos pendanaan yang lebih rendah.

Menurut Ahmad Zaini, terdapat beberapa perkembangan asas yang berlaku di anak syarikat perbankan milik penuh kumpulan, menjadikan Portofolio Kewangan Perdagangan kami tetap kukuh dengan menyumbang RM1.10 bilion pada suku itu.

Jelasnya, di samping itu, kempen e-Prime Term Deposit-i yang dilancarkan pada bulan November 2020 mendapat sambutan luar biasa dengan sasaran dicapai dalam tempoih hanya dua bulan dari tarikh pelancaran.

“Kami menjangkakan suntikan modal untuk tiga tahun seterusnya akan mengukuhkan lagi kedudukan modal kumpulan. Selain itu, kami akan berusaha meningkatkan pendapatan berdasarkan yuran kami, seperti pengurusan kekayaan dan mengurangkan kerugian kasar nisbah pembiayaan kami,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya