fbpx

25 September 2021, 9:33 pm

  TERKINI

TCG catat rekod, raih RM2.4 juta

KC CHEAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun dianggap tahun terburuk dalam industri penerbangan, platform penghubung data penerbangan, T-Commerce Gateway (TCG) berjaya mencatatkan rekod jualan tertinggi pada November tahun lalu.

Platform milik Alpha Red Services yang dilancarkan pada 2017 itu mencatat jualan tiket penerbangan sebanyak RM2.4 juta pada bulan tersebut dan sedang dalam usaha untuk mengumpul dana bagi memenuhi permintaan yang dijangka lebih baik tahun ini.

Pengasas Red Alpha Services, KC Cheah berkata, kejayaan itu didorong model perniagaan kukuh TCG yang turut menyumbang kepada keputusan kewangan syarikat yang bertambah baik.

“Prestasi jualan tertinggi mencerminkan keteguhan model perniagaan kami kepada industri penerbangan yang tidak bergantung kepada syarikat penerbangan atau ejen pelancongan dalam talian.

“Memandangkan jualan tiket ini adalah daripada penerbangan domestik dengan harga lebih murah, perniagaan kami mendapat keuntungan yang lebih tinggi daripada jangkaan,” katanya dalam kenyataan dekat sini.

Menurut Cheah, syarikatnya berpeluang memulihkan kewangan apabila penerbangan domestik di kawasan rangkaian TCG mula dibenarkan.

Pihaknya menjangkakan, pemulihan yang kukuh dapat dicapai tahun ini diikuti dengan pemulihan penuh dalam permintaan global pada 2023.

Untuk itu, mereka kini cuba untuk meraih RM3 juta sebagai modal untuk memenuhi permintaan akan datang melalui kutipan dana ekuiti di platform pitchIN.

“Kegunaan utama dana tersebut adalah sebagai modal kerja apabila kami memperluas kerjasama komersial dengan syarikat penerbangan dan menyokong permintaan yang meningkat dengan penyertaan lebih banyak rakan kongsi portal pelancongan (kebanyakannya agensi pelancongan dalam talian – OTA),” katanya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI