Rancang lancar produk menarik - Utusan Malaysia

Rancang lancar produk menarik

X50 antara model terlaris Proton di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) berhasrat untuk meneruskan rancangan pelancaran produknya pada tahun ini dalam usaha meningkatkan jualan di dalam dan luar negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, buat masa ini Proton akan mengikut jadual pelancaran produknya.

Jelasnya, syarikat kereta nasional itu akan melancarkan beberapa produk yang menarik pada tahun ini dengan Proton X50 akan diberi peluang untuk memantapkan kedudukannya di pasaran serta menerima faedah jualan selama setahun.

“Kami sedar, pasti ada lebih cabaran pada tahun ini dan keadaan tidak akan berubah sehingga virus itu (Covid-19) dapat dikawal di seluruh dunia, tetapi kami juga memahami bahawa inilah norma baharu perniagaan dan pihak syarikat bertanggungjawab untuk menukar cara operasi untuk memenuhi permintaan pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada bulan lalu, Proton menjual sebanyak 5,964 buah kenderaan dengan Saga merupakan model terlaris dalam segmen A, dengan 2,583 buah terjual.

Roslan berkata, walaupun buku pesanan Proton masih penuh dengan tempahan sejak akhir tahun lalu, syarikat perlu bekerja keras untuk pengeluaran menepati kadara permintaan.

Sebagai industri yang bergantung kepada rantaian bekalan global katanya, syarikat automotif akan terjejas jika ada kelewatan penghantaran bahagian kerana ia akan memberi kesan buruk kepada barisan pengeluaran mereka.

“Langkah-langkah seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada jumlah pelanggan yang datang ke bilik pameran, tetapi Proton boleh menerima tempahan atas talian untuk meningkatkan jualan kami.

“Malangnya, talian bekalan kami telah terjejas oleh koronavirus untuk beberapa bulan lepas dan ini menyukarkan kebolehan untuk membina kenderaan kerana bekalan bahagian tidak konsisten. Situasi ini telah dihadapi oleh semua pengeluar kenderaan semenjak tahun lepas, namun demikian kami menaruh harapan ketibaan vaksin akan menstabilkan keadaan ini pada pertengahan tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.