Pemulihan ekonomi di landasan tepat - Utusan Malaysia

Pemulihan ekonomi di landasan tepat

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan meletakkan rancangan pemulihan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemulihan kesihatan awam yang dicapai melalui program tersebut akan disusuli dengan pemulihan ekonomi.

“Bank Dunia telah mengumumkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.6 hingga 6.7 peratus bagi tahun 2021 berikutan pelancaran program vaksinasi Covid-19 secara global.

“Ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia pada kadar 4 peratus,” katanya dalam Laporan Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2021, Permai, Kita Prihatin, Penjana dan Prihatin (Laksana) dekat sini semalam.

Kata beliau, dengan bermulanya program itu, banyak sektor ekonomi yang menanti pembukaan sempadan bukan sahaja dalam negara mala ke luar negara, seperti sektor pelancongan dan peruncitan.

Beliau malah menyarankan mereka dari sektor pelancongan untuk memanfaatkan peruntukan Pembiayaan Sektor Pelancongan Penjana sebanyak RM1 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan Covid-19.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut mengulas inisiatif MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang dilancarkan minggu lalu yang mampu mengupayakan sektor perniagaan untuk bersaing di pentas global dengan memantapkan kelancaran dan kecekapan operasi perniagaan.

“Dalam usaha kita melonjakkan status ekonomi negara, ekonomi digital memainkan peranan yang besar di mana menjelang tahun 2025, ekonomi digital dijangka akan menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Inisiatif ini juga bakal menjadi titik tolak untuk menarik pelaburan baharu dalam sektor digital sebanyak RM70 bilion dari dalam dan luar negara. Pelan ini juga menyasarkan untuk membuka 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital,” katanya.

Menurut beliau, dengan pelancaran MyDigital, kerajaan akan memantapkan lagi usaha untuk membantu rakyat dan peniaga PKS untuk melalui pelbagai inisiatif pendigitalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya