MRCB raih pendapatan RM1.2 bilion untuk 2020 - Utusan Malaysia

MRCB raih pendapatan RM1.2 bilion untuk 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) merekodkan perolehan sebanyak RM1.2 bilion dan kerugian sebelum cukai berjumlah RM152.9 juta pada 2020, berikutan peruntukan kemerosotan RM175.3 juta melibatkan projek pembinaan  akibat pandemik.

Menurut syarikat itu, tanpa peruntukan tersebut, mereka boleh mencatat keuntungan RM22.4 juta pada 2020.

Walau bagaimanapun, untuk suku keempat, MRCB mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, iaitu RM26.90 juta berbanding RM6.03 juta pada suku keempat 2019.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, sejak permulaan semula aktiviti pembinaan diganggu pelbagai perintah kawalan pergerakan (PKP), mereka terus dapat melihat peningkatan dalam kebolehuntungannya.

“Ini mencerminkan kemampuan kumpulan untuk mengenal pasti lebih banyak hasil ketika kemajuan pembinaan memperoleh momentum, meskipun pada kelajuan yang kurang berbanding tahap sebelum pandemik.

“Ini dilihat pada prestasi yang lebih kukuh pada separuh kedua 2020 yang memberikan hasil sebanyak RM606.5 juta dan keuntungan sebelum cukai (PBT)sebanyak RM42.2 juta berbanding hasil RM592.9 juta dan PAT termasuk kehilangan sebanyak RM7.3 juta pada separuh pertama,” katanya dalam kenyataan semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya