Mastercard sokong wang kripto - Utusan Malaysia

Mastercard sokong wang kripto

Penerimaan semakin banyak syarikat gergasi, termasuk Tesla terhadap mata wang kripto bitcoin, turut mendorong Mastercard menerima wang digital itu dalam urus niaganya pada masa hadapan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU/WASHINGTON: Mastercard Inc. mengumumkan rancangannya untuk menawarkan sokongan kepada beberapa mata wang kripto dalam rangkaiannya tahun ini, mengikut jejak firma-firma besar lain yang turut menyatakan sokongan sama sebelum ini.

Menurut Reuters, pengumuman syarikat kad kredit gergasi itu hadir beberapa hari selepas pengasas Tesla Inc., Elon Musk mengumumkan telah membeli bitcoin bernilai AS$1.5 bilion (RM6.07 bilion) dan tidak lama lagi akan menerima mata wang kripto itu sebagai satu bentuk pembayaran.

Pengurus aset, BlackRock Inc. dan syarikat pembayaran seperti Square dan PayPal juga menyatakan sokongan kepada mata wang itu sebelum ini.

Mastercard sudah sedia ada menawarkan kepada pelanggan kad yang membolehkan orang ramai membuat transaksi menggunakan mata wang kripto walaupun tanpa melalui rangkaiannya.

“Usaha ini akan mencipta lebih banyak kemungkinan untuk pembeli dan penjual, membenarkan mereka membuat transaksi menggunakan bentuk pembayaran yang sepenuhnya baharu.

“Perubahan ini mungkin membuka ruang kepada penjual untuk menerima pelanggan baharu yang sudah menunjukkan minat kepada aset digital,” kata syarikat itu.

Walau bagaimanapun, Mastercard menjelaskan tidak semua mata wang kripto akan di­terima dalam rangkaiannya.

Kata syarikat itu, banyak dalam kalangan aset digital yang sedang berlegar kini perlu mengetatkan lagi langkah pematuhan mereka.

Banyak mata wang kripto bergelut untuk memperoleh kepercayaan pelabur arus perdana dan orang awam kerana sifatnya yang spekulatif dan potensi untuk penggubahan wang haram.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen memberi amaran tentang ‘letupan risiko’ yang timbul daripada pasaran digital termasuk penyalahgunaan mata wang kripto.

Namun, beliau turut memberi harapan bahawa teknologi kewangan baharu dapat membantu menangani jenayah dan mengurangkan ketaksaksamaan.

Dalam ucapannya untuk sesi meja bulat inovasi sektor kewangan, Yellen berkata, mata wang kripto dan aset maya menjanjikan sesuatu, namun ia turut digunakan untuk menggubah wang hasil keuntungan pengedaran dadah dalam talian serta membiayai keganasan.

Dalam masa sama, kata beliau, inovasi dalam sektor tersebut mampu mengatasi masalah tersebut dan memberi akses kepada jutaan rakyat kepada sistem kewangan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya