Kenanga Investment Bank miliki kepentingan dalam tukaran kripto berlesen - Utusan Malaysia

Kenanga Investment Bank miliki kepentingan dalam tukaran kripto berlesen

CHAY WAI LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank melalui cabang ekuiti persendiriannya, Kenangan Private Equity Sdn. Bhd. telah memeterai persetujuan peroleh sebanyak 19 peratus pegangangan ekuiti di dalam Tokenize Technology (M) Sdn Bhd (Tokenzie Malaysia).

Beroperasi di bawah Jenama Tokenize Xchange, ia adalah satu daripada tiga Pasaran Tukaran Aset Digital (DAX) yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan kini merupakan DAX kedua terbesar dalam bahagian pasaran di Malaysia.

Tokenize Xchange adalah pasaran tukaran dalam talian yang menjalankan perdagangan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum, serta beroperasi 24 jam sehari, sepanjang tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan Kenangan Investment Bank Berhad, Chay Wai Leong berkata, pihaknya telah membina ekosistem digital untuk para pelanggan dengan menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan termasuk aset digital.

“Kemunculan aset digital seperti mata wang kripto telah diterima secara global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Memandangkan kami berminat dengan kripto dan menjadikannya kelas aset, kami memahami keadaan turun naik dan lambakan pelabur yang kian meningkat di pasaran,” katanya dalam kenyataan.

Tokenize Xchange pada awalnya dilancarkan di Singapura oleh pengasas teknologi terkemuka, Hong Qi Yu pada 2018 dan sejak itu ia mempunyai lebih daripada 100,000 pelanggan.

Qi Yu kemudiannya menubuhkan Tokenize Malaysia untuk menumpukan kepada pasaran Malaysia.

Pada Jun 2019, Tokenize Malaysia telah mendapat lesen Recognized Market Operator (RMO) untuk beroperasi di bawah SC dan sejajar dengan pengiktirafan tersebut, platformnya iaitu Tokenize Xchange, dilancarkan pada 1 April 2020.

Permodalan pasaran kripto global pada masa kini telah mencapai AS$1.007 trilion (RM4.09 trilion), dengan lonjakan sebanyak tiga kali ganda berbanding empat bulan lepas.

Terdapat banyak peningkatan dalam pasaran kripto yang berkait rapat dengan permodalan pasaran ekuiti global yang dianggarkan bernilai ratusan trilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.