DRB-HICOM catat perolehan RM13.2b - Utusan Malaysia

DRB-HICOM catat perolehan RM13.2b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) menca­tatkan keuntungan pra-cukai (UPC) berjumlah RM540.1 juta daripada perolehan bernilai RM13.2 bilion, didorong pemulihan perniagaan yang sederhana dalam separuh kedua 2020 selain muktamadnya transaksi pelupusan aset syarikat.

Bagi suku tahun keempat 2020, perolehan kumpulan berjumlah RM4.85 bilion dengan UPC bernilai RM948.8 juta. Perolehan DRB-HICOM telah dipacu oleh sektor automotif dan sektor hartanah bagi suku keempat dan tahun keseluruhan 2020.

DRB-HICOM dalam kenya­taannya memaklumkan, sektor automotif syarikat terus menikmati kesan positif daripada keputusan kerajaan untuk memberi pengecualian cukai jalan bagi pembelian kenderaan penumpang.

Ujarnya, perolehan sektor bernilai RM8 bilion dan suku keempat mencatatkan suku terbaik 2020 dengan nilai perolehan berjumlah RM2.6 billion, meningkat 3 peratus daripada suku sebelumnya.

“Volum Keseluruhan Industri (TIV) mencatatkan penurunan 12.4 peratus dari tahun sebelumnya kepada 529,434 unit namun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan pemulihan kadar sederhana sepanjang empat tahun ke hadapan, dengan pertumbuhan sebanyak 8 peratus tahun ini.

“Perolehan untuk sektor perkhidmatan mencapai RM3.5 bilion, didorong prestasi anak-anak syarikat dari sub-sektor pos dan logistik, serta operasi perbankan manakala sektor hartanah pula menerima perolehan bernilai RM1.3 bilion selepas transaksi pelupusan aset dan pelaburan kumpulan.

“Pelupusan yang pertama kali diumumkan pada tahun 2018 sebagai penstrukturan semula operasi sektor hartanah DRB-HICOM meraih keuntungan RM862.6 juta. Antara aset yang dilupuskan adalah hartanah pembangunan perumahan dan tumpuan terus diberikan kepada hartanah perindustrian melalui aset tanah yang luas di negeri Kedah, Perak, Melaka dan Johor,” kata kenyataan itu.

Syarikat itu yakin sektor automotif akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan bagi DRB-HICOM. Dengan lanjutan pengecualian cukai jualan bagi kenderaan penumpang sehingga 30 Jun 2021, MAA optimis bahawa pasaran otomotif tempatan akan pulih tahun ini, dengan TIV diunjur meningkat ke 570,000 unit.

Pelancaran pelbagai varian facelift dan kempen-kempen promosi yang agresif oleh jenama-jenama kenderaan terkenal di dalam Kumpulan akan turut merangsang perniagaan automotif Kumpulan dalam tahun kewangan semasa.

Operasi DRB-HICOM dalam segmen pertahanan, aeroangkasa, perbankan, perkhidmatan dan hartanah akan terus mensasar peningkatan kecekapan operasi ke arah mengoptimumkan kos sambil meningkatkan produktiviti.

“Dalam persekitaran ekonomi yang sukar ini, kumpulan menjangkakan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 yang tetap mencabar berikutan perkembangan global berkaitan pembendungan pandemic Covid-19 masih tidak menentu.

“Oleh itu, DRB-HICOM akan terus mengguna pakai pendekatan kos pengurusan berhemah yang baharu, di sam­ping memfokuskan pengukuhan segmen-segmen teras kumpulan bagi memastikan kesinambungan perniagaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya