DNeX menang bidaan miliki SilTerra - Utusan Malaysia

DNeX menang bidaan miliki SilTerra

DNeX terus komited menawarkan perkhidmatan elektronik yang bukan sahaja memenuhi keperluan pelanggan malah menawarkan nilai. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konsortium yang diterajui Dagang NeXchange Bhd. (DNeX) dilaporkan berjaya memenangi tawaran untuk memiliki syarikat pengeluar semikonduktor, SilTerra Malaysia Sdn. Bhd. daripada Khazanah Nasional Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, DNeX mengumumkan Khazanah memberitahu telah menerima tawaran daripada konsortium DNeX dan rakan strategiknya pada 5 Februari lalu untuk cadangan penjualan keseluruhan modal saham SilTerra.

Ia merupakan terbitan modal saham yang diterbitkan Khazanah tertakluk kepada pemeteraian perjanjian yang pasti.

DNeX memberitahu, penerimaan tawaran masih tertakluk kepada kerahsiaan sulit ketat dengan Khazanah dan tiada perincian lanjut dapat diberitahu secara terbuka sehingga perjanjian itu ditandatangani secara rasmi.

“Syarikat akan membuat pengumuman yang diperlukan tepat pada waktunya sesuai dengan Syarat Penyenaraian apabila ada perkembangan material berkenaannya atau ketika perjanjian pasti dimeterai,” katanya dalam makluman tersebut.

Media sebelum ini melaporkan sebuah konsortium diterajui DNeX dalam usaha memiliki SilTerra daripada sayap pelaburan negara itu dengan satu lagi syarikat tempatan, Green Packet Bhd. turut serta dalam bidaan berkenaan.

The Edge Markets pada 11 Januari turut melaporkan DNeX telah menawarkan RM470 juta bagi pengambilalihan keseluruhan saham dalam SilTerra dengan Khazanah memiliki 60 peratus manakala rakan kerjasamanya, Beijing CGP Investment Co. Ltd. menguasai baki saham.

Tawaran tersebut turut merangkumi andaian hutang SilTerra berjumlah RM210 juta.

Walau bagaimanapun, DNeX dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 21 Januari lalu memberitahu maklumat tersebut sebagai tidak tepat.

Bagi Green Packet pula, dalam makluman lain kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat itu membiayai pemegang saham majoriti Nuglobal Ventures Sdn. Bhd. yang dimiliki majoriti pemegang saham bumiputera tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya