Resort Homes kediaman impian - Utusan Malaysia

Resort Homes kediaman impian

Crisantha mempunyai konsep tersendiri dan lima jenis rekabentuk rumah yang berbeza mengikut citarasa pembeli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap orang tentunya mempunyai impian untuk memiliki kediaman idaman yang bukan sahaja menepati citarasa tetapi juga mempunyai prasarana terbaik.

Pencarian kediaman impian tentunya bukan mudah apatah lagi mencari rumah yang memenuhi keinginan masing-masing bagi membina saat-saat indah bersama keluarga.

Kriteria seperti harga mampu milik, pelbagai kemudahan berhampiran dan juga kebolehcapaian menjadi aspek pilihan utama kepada para pembeli tidak kira sama ada di bandar atau pun pinggir bandar.

Bagi sesiapa yang masih mencari kediaman impian, jawapan kepada pencarian anda sebenarnya ada di Resort Homes, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Perbandaran yang dibangunkan pemaju terkemuka, Matrix Concepts ini amat sesuai bagi pembeli segenap lapisan masyarakat yang mahukan kehidupan bahagia di samping keluarga tercinta.

Terletak di bahagian selatan Lembah Klang yang sedang pesat membangun, Resort Homes di bina di atas tanah seluas 86 ekar sememangnya menjanjikan kedamaian di pinggir bandar.

Pembangunan Resort Homes di Bandar Sri Sendayan ini disifatkan sebagai perbandaran strategik dikelilingi pelbagai kemudahan untuk kehidupan seharian termasuk pendidikan, kesihatan, pusat rekreasi dan juga pusat komersial.

Bukan itu sahaja, Resort Homes mudah diakses menerusi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tentu memudahkan perjalanan sama ada untuk ke Lembah Klang atau terus ke selatan tanah air.

Crisantha direka dengan ruangan yang luas untuk keselesaan penghuni.

Setiap kediaman yang dimiliki, pasti menjadi impian setiap keluarga untuk memiliki kediaman berdekatan pusat rekreasi. Ini amat penting untuk keluarga meluangkan masa pada hujung minggu. Hub rekreasi seperti d’Tempat Country Club dan Sendayan X-Park yang terbesar di Negeri Sembilan hanya bersebelahan Resort Homes.

Tidak cukup dengan itu, Matrix Concepts turut memberi tawaran menarik iaitu keahlian d’Tempat Country Club secara percuma selama lapan tahun kepada pemilik Resort Homes dan anda boleh menikmati segala kemudahan termasuk kolam renang bersaiz olimpik, spa, gimnasium dan juga gelanggang boling 10 lorong di samping beberapa dewan besar untuk majlis bersesuaian.

Sesuai dengan namanya, Resort Homes bakal menyediakan pelbagai kemudahan bagaikan berada di sebuah pusat peranginan. Kemudahan terbaik seperti gelanggang serbaguna, trek joging, tempat barbeku dan tasik indah mengelilingi kawasan perumahan yang sesuai dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga.

Jika ditanyakan soal keselamatan, tidak perlu menjadi kebimbangan penduduk kerana ia amat dititikberatkan sekali gus menjadikan kehidupan lebih tenang tanpa perlu risau keselamatan diri dan keluarga.

Selain mempunyai pondok pengawal di pintu masuk utama,,hanya pemilik rumah sahaja yang memiliki kad akses untuk dibenarkan masuk. Tambahan pula, rondaan berkala akan dilakukan oleh pengawal keselamatan.

Tambahan pula, kediaman di Resort Homes juga dilengkapi sistem penggera keselamatan moden. Sistem tersebut bertindak balas terhadap sensor magnetik dan juga getaran di samping sebuah sistem khas interkom daripada kediaman terus ke pondok pengawal sekiranya memerlukan bantuan.

Ini sememangnya menjadikan Resort Homes sebuah kediaman yang menjadi impian setiap keluarga kerana lengkap dengan infrastruktur, kemudahan dan sistem keselamatan terjamin.

Satu siri projek terbaharu sedang dibangunkan di Resort Homes ialah kediaman teres dua tingkat, Crisantha yang mempunyai konsep tersendiri dan lima jenis rekabentuk rumah yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Kolam renang untuk kegunaan penghuni bersantai bersama ahli keluarga.

Dibina dengan konsep susun atur terbuka, setiap jenis rumah Crisantha dilengkapi dengan empat bilik tidur beserta empat bilik mandi. Kediaman ini berkeluasan 24’ x 70’, ini amat luas untuk anda sekeluarga membina kehidupan baharu di Crisantha.

Bagi anda yang mengimpikan kediaman umpama di dalam taman, Jenis B amat sesuai kerana disertakan sebuah ‘taman peribadi’ di halaman rumah. Taman berkeluasan kira-kira 20 kaki persegi itu amat sesuai bagi keluarga melakukan pelbagai aktiviti seperti barbeku, menanam pelbagai jenis tumbuhan sekaligus dapat mencantikkan kawasan berkenaan.

Berita baik buat pembeli, Matrix Concepts menawarkan perkhidmatan jalur lebar percuma selama setahun di samping subsidi pembiayaan selama sembilan bulan. Ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Dengan segala kemudahan yang dibangunkan tidak syak lagi Resort Homes adalah sebuah kediaman impian yang bakal menjadi idaman setiap keluarga.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 1 800 88 2688 atau mendaftar di www.resorthomes.com.my/crisantha. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya