Kenapa singkir AssetCo? – Ideas - Utusan Malaysia

Kenapa singkir AssetCo? – Ideas

MyHSR Corp melanjutkan penyerahan permintaan maklumat (RFI) bagi cadangan konsep projek HSR KL-SG sehingga pada 15 Januari 2024. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menggesa kerajaan supaya lebih telus dalam isu pembatalan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR), terutamanya berkaitan cadangan penyingkiran Asset Company (AssetCo).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tricia Yeoh berkata, masyarakat awam perlu diberi justifikasi penuh tentang cadangan penyingkiran syarikat tersebut dari struktur projek asal serta kos projek yang sudah ditanggung Malaysia.

“Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung mendedahkan kepada Parlimen Singapura pada 4 Januari bahawa berikut (cadangan penyingkiran AssetCo) merupakan sebab utama persetujuan tidak dapat dicapai.

“Pihak kerajaan perlu menyatakan bagaimana penyelesaian alternatifnya akan menjadi versi yang lebih baik daripada versi AssetCo,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Yeoh, mesej yang bercanggah dari kerajaan Malaysia dan Singapura mengenai alasan penamatan projek telah menyebabkan ketidaktentuan terhadap pelabur dan lebih menghakis kepercayaan awam dalam tadbir urus infrastruktur.

Malaysia dan Singapura memutuskan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dibatalkan selepas tempoh penangguhan projek itu berakhir 31 Disember lalu.

Dalam kenyataan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, kerajaan Malaysia sebelum ini telah mencadangkan beberapa pindaaan projek itu berikutan pandemik Covid-19.

Dalam hal itu, kedua-dua negara mengadakan beberapa perbincangan berhubung pindaan itu, namun tidak mencapai persetujuan bersama.

Mengulas lanjut, Yeoh menekankan ketelusan merupakan komponen penting dalam tadbir urus infrastruktur yang berkesan dan dalam kes HSR, maklumat yang ada tentang bagaimana kerajaan mahu mencapai nilai untuk wang selepas penangguhan projek pada 2018 sangat terhad.

Tambahnya, projek seperti HSR menunjukkan satu kaedah perancangan dan pemilihan projek berdasarkan kepada keperluan ekonomi yang lebih sistematik serta pemilihan projek yang mempunyai kadar pembayaran balik kos tertinggi amat diperlukan.

“Akhir sekali, perubahan kerajaan dua kali dalam masa kurang dari dua tahun telah memberi kesan terhadap pembangunan infrastruktur lebih stabil yang melibatkan pengawasan Parlimen dan penelitian awam yang lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya