Permintaan pesawat kargo meningkat - Utusan Malaysia

Permintaan pesawat kargo meningkat

GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Bermula dari Air Canada kepada CDB Aviation China, syarikat penerbangan dan pajakan bergegas menukar pesawat penumpang yang sudah berusia kepada pesawat kargo atau kapal terbang pengangkut.

Ia merupakan peluang besar kepada syarikat ‘penukaran penumpang ke kargo’ (P2F) termasuk Singapore Technologies (ST) Engineering Ltd., Israel Aerospace Industries (IAI) dan Aeronautical Engineers Inc. yang berpangakalan di Amerika Syarikat.

Ketua Analisis Pasaran Cirium, Chris Seymour menjangkakan jumlah penukaran P2F di seluruh dunia akan meningkat sebanyak 36 peratus kepada 90 pesawat pada 2021, seterusnya meningkat kepada 109 pesawat setahun kemudian.

“Anggaran kami ialah keba­nyakan slot akan dijual pada 2021 dan sekurang-kurangnya 40 peratus untuk 2022.

“Terdapat peningkatan da­lam generasi baharu ter­utamanya 737-800, A321 dan A330. Walaupun jenis yang lebih tua seperti 767 masih ada permintaan yang tinggi kerana dorongan (platform) Amazon selama beberapa tahun,” katanya.

Menurut penasihat firma Ishka, nilai pasaran pesawat berusia 15 tahun ke atas telah jatuh sebanyak 20 peratus menjadi 47 peratus sejak awal tahun ini, bergantung kepada model pesawat.

Air Canada ingin menukar beberapa pesawat Boeing 767 miliknya, sementara syarikat penerbangan Rusia, S7 Group telah memperoleh 737-800 pesawat pengangkut pertamanya daripada pemajak GECAS.

Pemajak CDB Aviation telah memesan penukaran Airbus SE A330 daripada ST Engineering.

Penukaran P2F adalah langkah sementara yang lebih murah berbanding apa yang dilaksanakan oleh kebanyakan syarikat penerbangan semasa wabak Covid-19 menular.

Penukaran tetap adalah pertaruhan kewangan oleh pe­ngangkutan udara yang lemah sebelumnya, akan menjadi semakin kuat untuk tahun-tahun yang akan datang apabila pembeli beralih kepada e-dagang.

Bagaimanapun, pasaran per­khidmatan penghantaran kini tidak stabil dan sedang dilanda kemerosotan yang teruk.

Lazimnya, kira-kira separuh kargo dunia dibawa menggunakan pesawat penumpang, tetapi kerana permintaan yang tinggi menyebabkan dunia lebih bergantung kepada pesawat kargo yang bersesuaian.

Pegawai Eksekutif CDB Aviation, Patrick Hannigan berkata, 2020 telah mencatat penggunaan pesawat kargo yang tinggi kerana pandemik telah mempercepatkan peralihan struktur jangka panjang ke arah permintaan e-dagang.

Boeing menjelaskan, hasil kargo telah meningkat seba­nyak 40 peratus hingga September lalu kerana gangguan operasi pesawat penumpang akibat pandemik, dan ia meramalkan lebih 60 peratus penghantaran barangan kargo dalam 20 tahun akan datang.

Hampir semua pesawat kargo bersaiz kecil sebelum ini merupakan pesawat penum­pang. Presiden St. Engeering Aerospace, Jeffrey Lam berkata, pertukaran itu biasanya bernilai berjuta dolar dan akan memakan masa selama tiga atau empat bulan untuk dilaksanakan.

Syarikatnya telah meningkatkan kapasiti dengan rancangan untuk menukar 18 pesawat A321 pada tahun hadapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.