Penjana Kapital tarik 8 VC labur RM1.57 bilion - Utusan Malaysia

Penjana Kapital tarik 8 VC labur RM1.57 bilion

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. – UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Dana Penjana Nasional yang dilancarkan Ogos lalu berjaya menarik perhatian lapan pengurus dana modal teroka (VC) dengan saiz pelaburan bernilai RM1.57 bi­lion dalam syarikat pemula tempatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dana kendalian Penjana Kapital Sdn. Bhd. itu juga berjaya melebihi sasaran asal peruntukan berjumlah RM1.2 bilion yang ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, Dana Penjana yang diperkenalkan sebagai satu langkah dalam pakej rangsangan ekonomi bagi mengharungi kesan Covid-19 amat diperlukan bagi memacu pertumbuhan syarikat pemula dalam suasana norma baharu.

Menurut Tengku Zafrul, sasaran asal kerajaan adalah untuk menubuhkan dana bernilai RM1.2 bilion yang diperuntukkan secara efektif kepada firma berpotensi tinggi beserta garis panduan matlamat jelas untuk dicapai dengan tumpuan terhadap sektor seperti teknologi pertanian (agritech), teknologi kewangan (fintech), teknologi pendidikan (edutech), mobiliti dan kecerdasan buatan (AI).

“Saya bangga melihat Penjana Kapital melakar sejarah menghubungkan syarikat pemula di Malaysia dengan modal teroka antarabangsa dalam menyediakan ekosistem rancak bagi membuka jalan untuk firma-firma berpotensi tinggi terus berkembang maju.

“Sukacita saya mengalu-alukan lapan pengurus dana modal teroka yang telah membantu Penjana Kapital melangkaui sasaran ini dengan saiz dana RM1.57 bilion secara keseluruhannya atau RM370 juta lebih tinggi daripada peruntukan yang diunjurkan,” jelas beliau ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Anugerah Penjana Kapital di sini semalam.

Dana Penjana adalah program padanan fund-of-funds yang merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dengan kerajaan akan memadankan hingga RM600 juta berdasarkan padanan 1:1 dana yang dijana VC daripada pelabur tempatan, asing dan swasta dengan sasaran peruntukan asal sebanyak RM1.2 bilion.

Dana tersebut kemudiannya akan disalurkan terutamanya ke syarikat pemula Malaysia dengan bakinya ke dalam syarikat pelaburan Asia yang dapat membawa manfaat ekonomi mampan bagi ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, lapan VC itu telah dipilih dalam kalangan 51 pemohon dari seluruh dunia terma­suk Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Indonesia dan Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya