Penggabungan diumum Jan. 2021 - Utusan Malaysia

Penggabungan diumum Jan. 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan penggabungan UEM Sunrise Berhad (UEMS) dengan Eco World Development Group Berhad (Eco World) akan diumumkan pada 31 Januari.

Perkara tersebut disahkan Eco World semalam, setelah menerima makluman daripada UEMS tentang persetujuan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk melanjutkan tempoh pengumuman berkenaan penggabungan tersebut.

Walau bagaimanapun, UEMS memberitahu, SC menetapkan 2 Januari sebagai tarikh akhir penyataan persetujuan kedua-dua syarikat sama ada mahu meneruskan perbincangan tersebut ataupun tidak.

Sekiranya kedua-dua syarikat bersetuju, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk lanjutan masa terakhir seperti yang dipersetujui kedua-dua Lembaga Pengarah secara bersama selewat-lewatnya pada 15 Januari.

UEM Group Berhad (UEMG) yang memiliki UEMS mengumumkan pada 5 Oktober lalu bahawa mereka sedang meneroka peluang penggabungan antara UEMS dengan Eco World yang mana akan mewujudkan satu daripada syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia.

Cadangan tersebut menimbulkan kontroversi apabila ada pihak melihat itu sebagai usaha untuk bailout Eco World oleh Khazanah Nasional Berhad, pemilik UEMG.

Perkara itu dinafikan Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang menegaskan, penggabungan itu tidak membabitkan sebarang wang tunai sebaliknya hanya berdasarkan pertukaran saham dan waran.

Sementara itu, dalam makluman sama kepada Bursa Malaysia pada 1 Disember lalu, UEMS memberitahu, salah satu syarat yang ditetapkan SC adalah supaya UEMS dan Eco World mengeluarkan kenyataan secara bulanan tentang kemajuan perbincangan berkenaan penggabungan tersebut, jika kedua-duanya bersetuju untuk meneruskan perbincangan
.
Kenyataan bulanan tersebut perlu terus dikeluarkan sehinggalah satu persetujuan definitif untuk meneruskan penggabungan tersebut atau membatalkannya diumumkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya