MyEG raih kontrak lanjutan e-kerajaan - Utusan Malaysia

MyEG raih kontrak lanjutan e-kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MyEG Services Bhd. (MyEG) mengumumkan berjaya meraih kontrak lanjutan tiga tahun bagi perkhidmatan e-kerajaan yang disediakan syarikat tersebut.

MyEG dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu, syarikat tersebut telah pun menerima surat daripada Kementerian Pengangkutan bertarikh 3 Disember 2020 untuk melanjutkan perkhidmatan e-kerajaan bermula 23 Mei lalu sehingga 22 Mei 2023.

Menurut MyEG, lembaga pengarah syarikat melihat pelanjutan kontrak tersebut adalah untuk kepentingan terbaik MyEG.

“Kontrak ini diharap dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih per saham syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dan seterusnya.

“Perjanjian untuk memformalkan lanjutan ini akan ditandatangani dan diumumkan oleh syarikat pada waktunya,” katanya dalam makluman tersebut.

MyEG telah memeterai perjanjian konsesi dengan kerajaan pada 23 Mei 2000 untuk melaksanakan pendaftaran elek­tronik kepada pemandu dan kenderaan, perkhidmatan pelesenan dan saman serta pembayaran bil utiliti bagi tempoh minimum 15 tahun.

Pada 21 Mei lalu, MyEG menerima notis rasmi kerajaan untuk melanjutkan penyediaan perkhidmatan e-kerajaan mulai 30 Jun 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya