MR. DIY buka 46 cawangan minggu ini - Utusan Malaysia

MR. DIY buka 46 cawangan minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peruncit per­kakas rumah terbesar Malaysia, MR. DIY Group (M) Berhad bakal menyambut penghujung tahun dengan penuh bergaya apabila bakal melancarkan 46 cawa­ngan baharu penghujung minggu ini.

MR. DIY dalam kenyataan memberitahu, 46 cawangan baharu tersebut merangkumi gedung MR. DIY, MR. TOY dan MR. Dollar baharu di seluruh negara.

Sehubungan itu, syarikat itu turut melaksanakan acara pembukaan rasmi dengan menyediakan sebanyak 50,500 hadiah percuma bernilai lebih RM1.5 juta sepanjang tiga hari majlis pelancaran.

Katanya, cawangan-cawa­ngan baharu itu terletak di Sela­ngor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.

“MR. DIY Group telah mengembangkan sayap dan menggiatkan usaha membawakan janji Always Low Prices kepada lebih ramai rakyat Malaysia tahun ini.

“Dengan acara pembukaan rasmi hujung minggu ini, peruncit telah membuka peluang pekerjaan kepada 700 rakyat Malaysia merangkumi pembukaan 32 MR. DIY, tujuh MR. TOY dan tujuh MR. DOLLAR dengan sehingga kini kami mempunyai lebih 710 cawangan seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Naib Pre­siden Pemasaran MR. DIY Group, Andy Chin berkata, acara pembukaan rasmi 46 cawangan baharu sebelum tempoh sambutan Krismas dan musim kembali ke sekolah tentunya membolehkan lebih ramai merebut tawaran hebat pada harga rendah.

Beliau berkata, pelanggan hanya perlu membuat pembe­lian minimum RM30 dalam satu transaksi untuk menikmati pelbagai hadiah percuma eksklusif kepada setiap satu daripada tiga jenama syarikat tersebut.

“Acara pembukaan rasmi sebelum ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia mengalu-alukan jualan hebat sekali gus mendorong kami untuk mempercepat rancangan perkembangan kami.

“Hadiah-hadiah yang boleh dinikmati pelanggan termasuk payung dan bantal di MR. DIY; mainan lembut dinosaur, set mainan doktor dan dapur di MR. TOY; dan Milo serta bijirin Koko Krunch di MR. DOLLAR.

“Hadiah tersebut terhad kepada 400 penebusan pertama setiap hari di 46 cawangan yang turut serta,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.