McDonald’s bayar zakat RM1 juta - Utusan Malaysia

McDonald’s bayar zakat RM1 juta

Naib Presiden Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi menyampaikan zakat perniagaan RM150,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff (kiri) disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri , di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia.

McDonald’s Malaysia telah menyampaikan zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di dua majlis berasingan minggu ini.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, sebagai entiti perniagaan yang dimiliki oleh umat islam, ia merupakan satu kewajipan untuk mereka membayar zakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Kami mula membayar zakat sejak 2017 setelah diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza.

“Sebagai syarikat yang mengendalikan operasi lebih daripada 300 restoran di seluruh negara ini, menjangkau komuniti di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi sebahagian DNA kami,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan itu akan membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam suasana hidup yang penuh dugaan ini.

Pada 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP.

Selain itu, McDonald’s Malaysia juga menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor pada Oktober tahun ini. Sijil-sijil pengiktirafan ini sedia terpamer di 95 restoran McDonald’s di Selangor.

Syarikat tersebut turut bekerja rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk terus menegakkan komitmen halal kepada para pelanggannya dalam semua perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.