ICPT TNB dilanjutkan sehingga Jun 2021 - Utusan Malaysia

ICPT TNB dilanjutkan sehingga Jun 2021

TNB sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi membantu pembangunan negara dalam pelbagai aspek.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan me­lalui Suruhanjaya Tenaga (ST) bersetuju melanjutkan meka­nisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga Jun 2021.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam, TNB turut mengumumkan lanjutan satu tahun Tempoh Kawal Selia Kedua (RP2) untuk Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) 2021.

Menurut agensi itu, bermula Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021, kerajaan meluluskan rebat ICPT sebanyak 2 sen/kWj untuk semua pelanggan termasuk pe­langgan domestik dengan penggunaan bulanan 300kWj dan ke bawah.

“Rebat ICPT ini adalah hasil pengurangan dalam kos bahan api sebenar untuk tempoh Julai sehingga Disember 2020, konsisten dengan pengurangan harga arang batu dan gas sebenar untuk sektor tenaga,” katanya.

Untuk Julai sehingga Disem­ber tahun ini, purata harga arang batu di pasaran global le­bih rendah pada AS$58.6 (RM238) setiap tan metrik berbanding penanda aras harga arang batu yang ditetapkan dalam tarif asas iaitu AS$75 (RM304.61) setiap tan metrik.

Sementara itu, harga gas sektor tenaga pula lebih rendah pada RM21/mmbtu berbanding penanda aras harga gas yang ditetapkan dalam tarif asas pada RM27.20/mmbtu.

Menurut TNB, ICPT adalah mekanisme yang diluluskan kerajaan dan diimplementasikan oleh ST sejak 1 Janurai 2014 sebagai sebahagian daripada reformasi kawal selia yang lebih luas, iaitu IBR.

Mekanisme ICPT memboleh­kan TNB menterjemahkan perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan kepada tarif elek­trik pengguna setiap enam bulan dan ia dilaksanakan mengikut Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015.

Sementara itu, berkenaan lanjutan RP2 IBR, purata tarif asas semasa pada 39.45 sen/kWj dan Jadual Tarif Elektrik dikekalkan dan akan terus boleh digunakan sehingga 31 Disember 2021.

Dengan itu, Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) dianjak setahun untuk dimulakan 1 Januari 2022 dan berakhir 31 Disember 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya