Pengeluaran domestik menguncup 3.6 peratus - Utusan Malaysia

Pengeluaran domestik menguncup 3.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan turun 3.6 peratus pada Oktober 2020 kepada 101.3 daripada 105.1 bulan sama tahun lalu.

Penurunan indeks keseluruhan didorong oleh penguncupan 43.5 peratus indeks perlombongan; bekalan elektrik dan gas (-1.2 peratus) dan pembuatan (-1.1 peratus).

Sebaliknya, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan serta bekalan air masing-masing meningkat 21 peratus dan satu peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan peningkatan marginal 0.1 peratus pada Oktober lalu.

Katanya, peningkatan marginal ini disebabkan kenaikan indeks pertanian, perhutanan dan perikanan sebanyak 1.1 peratus serta pembuatan 0.3 peratus.

“Walau bagaimanapun, indeks perlombongan dan bekalan elektrik & gas masing-masing turun 3.1 peratus serta 0.4 peratus.

“Selain itu, bekalan air merekodkan tiada perubahan manakala IHPR pengeluaran tempatan bagi tempoh Januari hingga Oktober turun 2.7 peratus berbanding -2.6 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bagi prestasi tahun ke tahun, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, kesemua peringkat mencatatkan penurunan.

Bahan mentah untuk diproses merekodkan penurunan 13.2 peratus diikuti bahan perantaraan, bekalan dan komponen yang turun 1.6 peratus manakala indeks barang siap jatuh 0.8 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya