Kedudukan ekonomi tidak mencerminkan nasib rakyat secara keseluruhan KUALA LUMPUR: Walaupun kedudukan ekonomi negara berada dalam landasan tepat untuk kembali pulih, namun situasi itu sebenarnya tidak mencerminkan nasib rakyat secara keseluruhan. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid malah beranggapan perjalanan untuk kita menyaksikan ekonomi negara terus berkembang masih jauh tatkala jumlah kes jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan. Menurut Baharom, kekhuatiran itu wujud…










