UEM Sunrise jual tanah Iskandar Puteri RM434.3 juta - Utusan Malaysia

UEM Sunrise jual tanah Iskandar Puteri RM434.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd. mengumumkan telah memeterai dua perjanjian bagi penjualan tanah berkeluasan 68.72 hektar di Iskandar Puteri, Johor bernilai RM434.3 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UEM Sunrise berkata, kedua-dua perjanjian itu melibatkan anak syarikat milik penuhnya, UEM Land Bhd. dan anak syarikat milik penuh tidak langsung, Nusajaya Heights Sdn. Bhd. dengan AME Elite Consortium Bhd.

Menurut UEM Sunrise, perjanjian pertama dimeterai dengan Pentagon Land Sdn. Bhd. dan Greenhill SILC Sdn. Bhd. manakala perjanjian kedua dimeterai bersama Pentagon.

Katanya, kedua-dua syarikat itu adalah anak syarikat kepada AME Elite Consortium.

“Perjanjian itu adalah melibatkan penjualan 72 plot tanah industri pegangan bebas di Fasa 3 Southern Industrial & Logistics Clusters (SILC) di Iskandar Puteri di mana UEM Sunrise merupakan pemilik dan pemaju utama.

“Perjanjian pertama adalah melibatkan dua perjanjian jual beli (SPA) iaitu pertama, membabitkan 35 lot industri bukan bumiputera bernilai RM215.3 juta dan 34 lot industri bumiputera bernilai RM200.8 juta.

“Perjanjian kedua pula melibatkan penjualan tiga lot tanah bukan bumiputera bernilai RM18.2 juta,” katanya dalam makluman itu.

Mengenai rasional penjualan tanah, UEM Sunrise berkata, syarikat telah memutuskan untuk bekerjasama dengan AME Elite Consortium bagi membangunkan pembangunan pusat industri bersepadu dalam Fasa 3 SILC.

“Ini akan membolehkan UEM Sunrise memperoleh pendapatan daripada pusat industri itu lebih pantas berbanding penjualan plot individu.

“Rundingan antara semua pihak telah dijalankan dengan menghormati perjanjian definitif itu. Sementara menunggu rundingan selesai, semua pihak bersetuju untuk mendokumenkan perkara ini di samping syarat-syarat penting dimasukkan dalam perjanjian rasmi,” katanya.

Perjanjian tersebut akan sah selama 30 hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya