TH rekod tambahan deposit RM5 bilion - Utusan Malaysia

TH rekod tambahan deposit RM5 bilion

Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff (tengah) bersama pegawai Tabung Haji pada majlis pelancaran aplikasi THiJARI di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur, semalam. –UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan tambahan deposit kira-kira RM5 bilion sejak tercetusnya pandemik Covid-19 pada Februari lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, jumlah tersebut menjadikan deposit TH mence­cah RM75 bilion buat masa ini.

Beliau berkata, perkembangan itu memberi gambaran keyakinan para pendeposit kepada ins­titusi berkenaan.

“Secara amnya, pendeposit tidak berdepan masalah semasa operasi ditutup (ketika tempoh perintah kawalan pergerakan), cuma terdapat segelintir yang memerlukan perhatian kami se­perti yang melibatkan urusan haji,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pelancaran aplikasi THiJARI di Menara TH di sini semalam.

Aplikasi berkenaan yang boleh dimuat turun secara percuma membolehkan pendeposit TH membuat urusan pertanyaan baki, cetak penyata, pemindahan wang, semak status haji dan pendaftaran haji.

Sistem itu turut menyokong penggunaan cap jari dan imbasan wajah untuk memberikan capaian yang mudah serta selamat.

Nik Mohd. Hasyudeen berkata, 78 peratus daripada transaksi TH kini dilakukan secara dalam talian termasuk melalui portal THiJARI, mesin ATM dan perbankan internet rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Islamik.
Katanya, bagi 22 peratus transaksi lagi masih dilakukan melalui kaunter.

Tambahnya, penggunaan saluran dalam talian dilihat memenuhi citarasa pendeposit TH menuju ke hadapan dengan kira-kira 45 peratus pendeposit terdiri daripada golongan muda berusia 35 tahun ke bawah.

“Sejak pengenalan portal THiJARI pada Februari lalu, sebanyak 300,000 pendeposit TH telah berdaftar di platform ini dan menerusi pelancaran aplikasi mudah alih, kami mengharapkan jumlah tersebut akan tumbuh kepada 500,000 orang menjelang akhir tahun,” katanya.

TH kini mempunyai lebih sembilan juta pendeposit, 125 cawa­ngan seluruh negara selain lebih 10,000 titik sentuhan melalui kerjasama dengan rakan kongsi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.