Kerajaan disaran ‘campur tangan’ - Utusan Malaysia

Kerajaan disaran ‘campur tangan’

Industri penerbangan me­ngalami kemerosotan teruk akibat pandemik Covid-19. - GAMBAR ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh membiarkan syarikat pe­nerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) bankrap kerana ia mempunyai kesan rantaian yang serius kepada ekonomi negara.

Sehubungan itu, kerajaan disaran ‘campur tangan’ de­ngan menyalurkan pinjaman kepada kedua-dua syarikat pe­nerbangan berkenaan agar terus beroperasi sekali gus mengelak pemberhentian lebih banyak kakitangan dan mengurangkan kesan rantaian kepada ekonomi.

Menurut Profesor di Fakulti Ekonomi dan Mualamat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Mustafa Mohd. Hanefah, bantuan dalam bentuk pinjaman kepada AirAsia bukanlah satu tindakan menyelamat atau bailout syarikat ber­kenaan.

“AirAsia juga syarikat penerbangan Malaysia meskipun bukan milik Khazanah (Khazanah Nasional Berhad). AirAsia juga menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Ramai pekerja adalah rakyat Malaysia. Bantuan dalam bentuk pinjaman boleh diberi.

“Keadaan industri penerbangan sekarang amat genting. Semua yang berkaitan juga terkesan, agensi pelancongan, hotel, restoran, pengurup wang bisnes teruk. Bantuan dalam bentuk pinjaman kepada kedua-duanya adalah cara terbaik. Persoalan­nya, adakah Khazanah ada duit?” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan Uusan Malaysia bahawa syarikat penerbangan AirAsia yang terjejas teruk akibat Covid-19 berdepan risiko bankrap sekiranya tidak menerima suntikan modal tambahan pemegang saham atau pelabur, selain tidak mendapat pinjaman institusi perbankan bagi meneruskan operasinya.

Nasib MAS pula bergantung kepada Khazanah sama ada mahu terus menyuntik modal atau sebaliknya.

Penganalisis berpendapat, kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan untuk menyelamatkan AirAsia berban­ding MAS yang dilihat kurang berpotensi untuk memberikan pulangan berbaloi kepada negara.

Mustafa berkata, syarikat penerbangan tempatan masih bernasib baik kerana Malaysia mempunyai penerbangan domestik tidak seperti negara jiran.

Beliau sehubungan itu me­nyarankan agar industri penerbangan tempatan mengubah model perniagaan mereka se­perti mengendalikan penerba­ngan tanpa destinasi, restoran dalam pesawat atau menyewakan kapal terbang untuk majlis khas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya